Rasulullah SAW pernah ditegur oleh Malaikat Jibril kerana meletakkan senjata semasa perang Khandaq

Rasulullah S.A.W pernah ditegur oleh Malaikat Jibril kerana meletakkan senjata semasa perang Khandaq.

Dalam sirah, kita melihat bagaimana Rasulullah S.A.W dan para sahabat tidak pernah meletakkan senjata ketika musuh masih mengepung dan berusaha menghancurkan umat Islam.

Ketika Rasulullah S.W pulang dari Perang Khandaq, Baginda meletakkan senjatanya lalu mandi.

Maka datang Jibril kepadanya sambil mengibas debu dari kepalanya lalu berkata:

“Apakah engkau telah meletakkan senjatamu?

Demi Allah, kami (para malaikat) belum meletakkannya.

Keluarlah kepada mereka.”

Maka Rasulullah S.A.W bertanya: “Ke mana?”

Jibril pun menunjuk ke arah Bani Quraizah.

Lalu Rasulullah S.A.W memerangi mereka sehingga mereka menyerah diri kepada keputusan Rasulullah S.A.W

Maka Baginda mengembalikan urusan keputusan itu kepada Sa‘ad.

Sa‘ad berkata:

“Sesungguhnya aku memutuskan terhadap mereka bahawa orang-orang lelaki yang berperang hendaklah dibunuh, sedangkan wanita dan anak-anak dijadikan tawanan, serta harta mereka dibahagikan.”

Dalam satu riwayat disebut:

“Sesungguhnya engkau telah menjatuhkan hukum terhadap mereka dengan hukum Allah ‘Azza wa Jalla.”

Inilah pelajaran besar untuk kita hari ini di Gaza.

Inilah sunnah Rasulullah ketika menghadapi musuh yang masih memerangi umat Islam.

Musuh Zionis tidak pernah meletakkan senjata.

Walaupun selepas gencatan diumumkan, mereka kembali dengan lebih ganas, menumpahkan darah anak-anak kecil, wanita dan orang tua.

Mereka terus menggempur rumah sakit, masjid, sekolah dan rumah-rumah.

Maka, adakah wajar umat Islam mendesak para pejuang untuk meletakkan senjata di sana?

Maka adakah wajar juga umat Islam meletakkan senjata doa, senjata boikot, senjata sokongan harta dan media, sedangkan musuh tidak pernah berhenti menghancurkan umat Islam di Gaza?

Seperti Sa‘ad bin Mu‘adz yang berhukum dengan hukum Allah ke atas Bani Quraizah, maka umat Islam hari ini juga dituntut untuk berhukum dengan ketegasan syariat terhadap musuh yang berterusan menumpahkan darah umat Islam.

Selagi musuh tidak berhenti menghancurkan umat Islam, selagi itu kita tidak boleh berhenti menyerang mereka dari segenap aspek!

Selagi mereka menumpahkan darah, selagi itu doa, jihad dan sokongan wajib diteruskan.

Teruskan menghunus senjata boikot, senjata media, senjata harta dan jangan sama sekali menyarung senjata tersebut sehingga musuh kita melemah!

Jangan tinggalkan saudara Gaza kita di sana sendirian…

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

“Dan janganlah kamu berasa lemah dalam mengejar kaum (musuh). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka juga menderita kesakitan sebagaimana kamu menderita, sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Hairul Anuar)

Komentar