Dengan pelbagai lafaz, diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab bimbang beliau sebagai khalifah akan disoal oleh Allah pada Hari Kiamat jika seekor kambing, ataupun unta, ataupun baghal mati dalam Sungai Furat di Iraq disebabkan pemerintahannya yang tidak menyediakan kemudahan untuk hewan itu.
Sekalipun Sungai Furat teramat jauh daripada pusat pemerintahan Umar di Madinah, namun kerana Iraq di bawah tanggungjawab kuasa pemerintahan beliau, beliau bimbang Allah akan menyoalnya hal sekecil itu.
Dalam riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Auliya, Umar berkata:
" لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ "
"Jikalau seekor kambing mati karena tersesat jalan di tebing Sungai Furat, aku bimbang Allah S.W.T akan bertanya daku pada Hari Kiamat mengenainya".
Jika Umar bin al-Khattab itu masih hidup, apakah perasaan dan kebimbangannya jika ada rakyatnya yang mati dibunuh oleh aparatnya? Dibantai di Km50? Masihkah pemimpin seperti itu bisa tidur nyenyak?
Wahai Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab, daku merinduimu..