[PORTAL-ISLAM.ID] KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Ustadz Abdul Somad dari Indonesia.
"Hari ini saya menerima kunjungan Ustaz Abdul Somad Batubara, pendakwah yang berasal dari Sumatera Utara, Republik Indonesia yang juga dalam rangka siri ceramah di Malaysia minggu ini," kata Dato Anwar Ibrahim di akun twitternya @anwaribrahim, Kamis, 13 Juli 2023.
Dalam twitnya Anwar Ibrahim membagikan foto-foto pertemuan dengan Ustadz Abdul Somad.
"Dalam pertemuan ini antara lain kami membincangkan dinamika dakwah dan isu-isu agama yang merentas sempadan Alam Melayu," ujar Dato Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu menuturkan:
"Saya hargai usaha dakwah Ustaz Abdul Somad yang aktif khususnya di alam Melayu. Sesungguhnya para da'ie dan ulama di alam Melayu ini saling mendukung dan melengkapi pemerintahan umara' sejak sekian lama."
"Peranan ulama Melayu seperti Syeikh Daud al-Fatani, Syed Abdul Samad al-Falimbani, Raja Ali Haji dan Buya Hamka punyai hikmah, kedalaman ilmu dan berani dalam melaksanakan dakwah telah menyumbang kepada perjuangan melawan penjajah serta benteng kepada akidah umat di rantau ini."
"Saya dan Ustaz Abdul Somad juga bersependapat bahawa pentingnya dakwah yang berlandaskan kesederhanaan dan hikmah dalam menyampaikan mesej Islam dengan lebih bijaksana."
Hari ini saya menerima kunjungan Ustaz Abdul Somad Batubara, pendakwah yang berasal dari Sumatera Utara, Republik Indonesia yang juga dalam rangka siri ceramah di Malaysia minggu ini. #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/WjWGMFV4mO
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 13, 2023