Sujud Selepas Shalat
Ada sebahagian orang yang selepas shalat fardhu selalu mengamalkan sujud, bila ditanya ada beberapa alasan mereka.
Bila dia berniat sujud syukur, syukur atas apa dulu?
Imam Nawawi mengatakan,
لا يشرع السجود لاستمرار النعم لأنه لا تنقطع
"Tidak disyariatkan sujud atas kenikmatan yang berterusan, sebab ia tiada terputus".
Sujud syukur disyariatkan atas kenikmatan yang zahir dan baru atau terhindar dari musibah.
Bila alasannya: saya hanya ingin sujud pada Allah, ini juga tak boleh, sujud mesti didalam shalat, kecuali sujud tilawah atau syukur, atau sahwi menurut sebahagian ulama, selain itu tak boleh.
Imam Nawawi menegaskan, "Bila ada orang yang sujud kepada Allah ta'ala tanpa sebab yang membolehkan sujud syukur, ada dua pendapat, yang paling shahih hukumnya tidak boleh, pendapat ini dishahihkan oleh Imam al-Haramain."
Al-Majmu' Syarh al-Muhadzdzab, juz 5, hlm 81.
(Ustadz Ispiraini Bin Hamdan)