Bedanya Ebit Lew dan Deddy Corbuzier

[PORTAL-ISLAM.ID]  Mendekati ahli maksiat atau pelaku keburukan itu BOLEH. Tapi dengan alasan dakwah atau memberikan nasihat yang baik kepada mereka, agar mereka bertaubat dan meninggalkan kemaksiatan yang telah dilakukannya.

Tapi kalau mengundang ahli maksiat hanya untuk cekakaan bersama, bahkan mempromosikan kemaksiatan mereka, itu yang DILARANG dalam agama.

Ustadz Ebit Lew mendatangi lokasi komunitas transgender di Surabaya untuk memberikan nasihat kepada mereka. Semoga Allah Ta'ala memberkahinya dan menjaganya. Aaamiiin.

***

Berikut postingan Ustadz Ebit Lew di akun Facebooknya (12/5/2022):

12 malam tadi saya ziarah transgender / maknyah yang bekerja di  lorong gelap di Surabaya. Sebaik saya sampai saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka. Mereka kata eh, ini Ebit lew yer? Yang suap anak Punk makan yer? macam mimpi jumpa di sini. 

Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap disitu. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh. Macam-macam kisah disebalik mereka. Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibubapa serta menjauhi yang haram. 

Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni semua cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja. Mereka gembira untuk ikut. Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya. Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah.

Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang. Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusuk dan tekun mereka mendengar. 

Katanya ustaz datang lagi yer. Ramai kawan kami yang lain ingin berjumpa ustaz. Semoga Allah terima dan jadikan asbab kebaikan dan hidayah.

(Ustadz Ebit Lew)

*sumber: fb
Baca juga :