SPEECHLESS... Hadiah Motor dari Ustadz Ebiet Law untuk operasional Anak Punk Jakarta yang Beliau bina ❤️😭

[PORTAL-ISLAM.ID]  Hadiah motor dari ustadz Ebiet Law untuk operasional anak punk di Jakarta yang beliau bina. 

Mengikuti perjalanan dakwah beliau di medsosnya demi Allah rasanya ingin menangis haru karena kebaikan, kedermawanan dan ketawadhuan hati beliau. 

Anak-anak jalanan / punk banyak yang kembali hijrah mengenal Rabb-nya melalui pendekatan dakwah beliau.

Semoga Allah selalu jaga antum ustadz...❤️

***

Sebak rasa beri hadiah untuk adik Dila geng Punk bawah jambatan sebuah motor. Menangis adik ni. Beliau salah seorang dari anak Punk lain yang akan menguruskan Rumah Singgah untuk gelandangan di Jakarta yang kami bina. 

Beliau hidup di jalanan semenjak berumur 10 tahun sehingga sekarang berumur 19 tahun. Siapa sangka anak perempuan begini hidup di bawah jambatan. Sedang anak perempuan kita tidur lena di rumah waktu malam. Ada anak remaja perempuan tidur di bawah jambatan. Berdikari sendiri dan menjaga diri. Bila cukup duit beliau akan berkongsi dengan kawan sewa bilik di Jakarta. Bila tak cukup tidur di jalanan. 

Masa bawa ke Kedai Motor berulang kali beliau tanya betul ke ni ustaz? Kerana tak percaya diberi rezeki dapat motor. Tak pernah dapat hadiah dalam hidupnya. Saya kata rezeki LailatulQadar agaknya.

Semoga anak-anak Punk ini berjaya dan dijaga Allah. Di rumah singgah itu ada 3 tingkat. Saya siapkan tempat khas untuk anak-anak ini semua dan buat gelandangan lain terutama ibu dan anak kecil. Doakan juga perniagaan kecil untuk mereka disamping khidmat menjaga rumah ini menguruskan gelandangan lain.

(Ebit Lew)
Baca juga :