Apakah Faedahnya Hamas Menyerang Israel dengan Roket, JIka Balasan Israel Jauh Lebih Besar?


ROKET GAZA VS IRON DOME

Mungkin ada dari kalangan pembaca yang tertanya-tanya, apakah faedahnya Hamas dan kumpulan bersenjata di Gaza melancarkan roket mereka ke arah Israel sekiranya serangan balas yang akan mereka terima lebih besar dan mungkin lebih memudharatkan lagi Gaza?

Izinkan admin menjawab sekadar pengetahuan pihak kami.

1. Bagi rakyat Palestin, membalas serangan Israel, walau dalam bentuk paling primitif sekalipun, walau dengan roket buatan sendiri yang tidak secanggih teknologi Israel, adalah simbolik kepada keteguhan perjuangan rakyat Palestin menentang penjajahan Zionis Israel.

Ia adalah bukti rakyat Palestin tidak akan sekali-kali tunduk kepada penjajah Zionis; walaupun lebih 70 tahun telah berlaku sejak penubuhan negara haram Israel.

Berdiam diri ketika anak dan isteri mereka dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh rejim Zionis Israel bukan satu pilihan. Apatah lagi lari dari medan perang mempertahankan tanah air adalah HARAM!

2. Walaupun roket yang dilancarkan Briged al-Qassam dan kumpulan-kumpulan yang lain tidaklah sehebat peluru berpandu (guided missiles) Israel, namun roket-roket ini memberi kesan yang besar dari sudut kewangan ke atas Israel.

Bukan sahaja roket-roket ini menyebabkan aktiviti seharian dan ekonomi penduduk Israel tergendala, Kementerian Pertahanan Israel bahkan terpaksa berbelanja besar untuk menangkis roket-roket ini menggunakan teknologi 'Iron Dome' mereka.

Satu bateri pelancar peluru berpandu Iron Dome dianggarkan bernilai $100 juta. Israel mempunyai 9 buah bateri yang ditempatkan di lokasi-lokasi terpilih. Satu peluru berpandu pula dianggarkan bernilai antara $40,000-$50,000. Dan selalunya dua buah peluru berpandu digunakan untuk memintas roket-roket dari Gaza.

Bandingkan biaya ini dengan biaya sebuah roket Gaza yang dianggarkan bernilai antara $500-$1,000 sahaja. Dengan kata lain, jika satu roket mujahid Palestina dilancarkan, Israel akan terpaksa berbelanja sehingga $100,000 untuk memintas; 100 hingga 200 kali lipat lebih besar biayanya. (https://www.jpost.com/Arab-Israeli-Conflict/Hundreds-of-Gaza-rockets-rain-down-on-Israel-continuous-coverage-588811)

Dalam serangan balas Gaza ke atas Israel baru-baru ini, media Israel melaporkan hampir 700 buah roket dilancarkan dan Iron Dome berjaya memintas 173 buah roket.

Pembaca boleh kira sendiri belanja yang terpaksa dikeluarkan oleh Israel. (Lepas ini pasti akan keluar berita Israel mohon dana bantuan tambahan dari US.)

Justeru, walaupun roket dari Gaza tidak sehebat peluru berpandu Israel, ia mampu memberi impak yang besar; dari sudut semangat perjuangan, ekonomi dan moral.

Allahua'lam.

Panjatkan doa-doa kita Ramadan ini untuk Gaza.

(Aqsa Syarif)
Baca juga :