Presiden Mursi, Suaka Politik atau Mati


Jawaban Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin (18/1/2016) atas beberapa pertanyaan:

Adakah Dr Morsi telah dihukum bunuh?

Beliau kini berada dalam penjara yang dirahsiakan lokasinya di Mesir meski pun telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh mahkamah kerajaan tentera Mesir.

Bukankah Dr Morsi pernah ditawarkan suaka politik oleh kerajaan Turki melalui perantaraan Qatar?

Ya, memang Dr Morsi pernah ditawarkan suaka politik ke Turki tetapi ia tidak berlaku. Selain daripada Dr Morsi sendiri tidak akan melarikan diri menyelamatkan diri di atas rasa bertanggung-jawab terhadap perjuangan yang belum selesai di Mesir.

Adakah AS masih mahukan Fattah as-Sisi sebagai Presiden Kerajaan Tentera Mesir?

Tugas Fattah as-Sisi telah pun selesai iaitu mengguling Dr Morsi dan mengekalkan cengkaman kepada gerakan Islam dan perjuangan rakyat Mesir. Apa yang mereka mahukan sekarang adalah golongan liberal-demokrasi Barat menggantikan pemerintahan Fattah as-Sisi yang semakin hari semakin dibenci oleh rakyat Mesir.

Apakah rancangan Fattah as-Sisi?

Mendapatkan sokongan ketenteraan daripada terutamanya Russia dan bantuan kewangan daripada negara Teluk terutamanya UAE serta sokongan dunia antarabangsa yang lain.

Adakah apa yang berlaku di Mesir berhubung-kait dengan projek negara Israel Raya (the Greater state of Israel)?

Sudah tentu. Cuba kaji apa yang berlaku di Iraq, Syria, Lubnan, Palestin, Libya, Jordan dan cubaan melibatkan Turki ke kancah peperangan secara terus.

Sumber: fb


Baca juga :