Peperangan Gaza ketiga yang beralngsung sejak 8 Juli yang lalu sudah merenggut lebih dari 1500 nyawa dan mencederakan ribuan warga Gaza.
Selain daripada masalah nyawa yang bisa melayang dengan tiba-tiba, penduduk Gaza juga berhadapan dengan masalah mendapatkan kemudahan asas untuk terus hidup. Lebih kurang seminggu lalu satu-satunya pembangkit listrik di Gaza di bom penjajah Zionis mengakibatkan penduduk Gaza kini terpaksa bergelap. Penggunaan pembangkit listrik untuk mendapatkan daya elektrik kini tak bisa tetapi bekalan gas pula sukar didapati karena blokade Israel serta terowongan Gaza untuk menyelundupkan barang juga sudah banyak dimusnahkan.
Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18) mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air.
Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik.
Ibrahim mendapat ide untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan blokade penjajah Zionis sejak 2006. Bahan api yang diimpor ke Gaza dibatasi jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.
*Sumber: Middle East Monitor, amanz.my
MAU PASANG IKLAN SEPERTI INI?