Pakar Pemusnah Bom Gaza Syahid Saat Menunaikan Tugas


Rahed Taysir al-Hom, 43 tahun merupakan ketua Unit Pemusnah Bom di Gaza. Beliau bertanggungjawab terhadap apa sahaja bom atau objek yang tidak meletup di Gaza. Saat serangan Israel tahun ini beliau menerima 70 panggilan telefon sehari dan berhadapan dengan 400 butir bom sehari. Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang ini maka beliaulah Hero dibelakang tabir di Gaza.

Dengan alat keselamatan dan peralatan yang terbatas beliau tetap melaksanakan tugas dengan berani dan cekal demi menyelamatkan rakyat Gaza. Tetapi sayangnya beliau terbunuh beberapa hari selepas diwawancarai oleh wartawan The Guardian.

Beliau terbunuh selepas cuba mematikan bom seberat 500 kg pada Rabu kemarin (13/8/2014).

Semoga Allah mengurniakan syurga tertinggi kepada beliau!

*sumber: The Guardian, Aqsa Syarif




http://www.jualspreiwaterproof.com/

MAU PASANG IKLAN SEPERTI INI? 

Baca juga :