Gencatan Senjata atau Kalah Perang?


Tepat jam 8.00 pagi waktu Gaza atau GMT 5.00 a.m. menjelang hari ke-29 peperangan (4/8), Gencatan senjata 72 jam bagi misi kemanusiaan pun bermula. Tentera Zionis berundur dari Gaza secara menyeluruh setelah 1,865 orang penduduk Palestin yang terkorban syahid serta lebih 9,000 orang tercedera.

Istilah gencatan senjata yang digunakan oleh rejim Zionis yang didokongi oleh AS serta kroninya di kalangan negara-negara dunia antarabangsa adalah bahasa diplomasi politik Israel bagi menutup maruahnya yang terlondeh di media antarabangsa.

Adalah mustahil untuk Zionis Israel mengumumkan kekalahannya dalam peperangan kali ini setelah hanya berjaya membunuh masyarakat awam dan Infrastruktur di Gaza. Mereka sebenarnya gagal dalam misi ketenteraannya untuk melemahkan Hamas dan apatah lagi untuk menghapuskan Briged al Qassam. Jumlah sebenar tentera IDF dan Polis Israel yang terbunuh adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid. Saya percaya bahawa jumlah sebenar korban bakal dikeluarkan dalam beberapa ketika nanti.

Ini tidak termasuk kerugian rejim penjajah Zionis dalam aspek pelancongan, penerbangan, penempatan komuniti penjajah, sektor ekonomi, imej Israel di media antarabangsa serta trauma mental dan kadar pembunuhan diri di kalangan anggota IDF dan masyarakat penjajah Zionis Israel.

Anda mampu menilainya.....

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar....

(Dr Zainur Rashid Zainuddin)

***

DATA KERUGIAN ISRAEL

Info kerugian Israel (moga ini benar), info bocoran dari Amos Harel koresponden harian Haaretz Israel.
(link http://t.co/l0nOHcZIaM)

Tewas: 497prajurit, 113 perwira, 270 tentara bayaran
Luka: 879 prajurit, 362 perwira, 620 tentara bayaran
Bunuh diri: 166 prajurit
Luka menembak diri sendiri: 311 prajurit 











http://www.jualspreiwaterproof.com/

Baca juga :